“Settle Sndiri, Jgn Mnyusahkn..”- Anak Bersama Bekas Suami Nikah, Tak Sngka Ini Respon Sharifah Shahirah

Anak sulung kepada pelakon Sharifah Shahirah, Allisya Tahir telah selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihannya, Zulhisyamuddin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. Terdahulu, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Allisya iaitu penyanyi Jatt Ali dan menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Menurut Shahirah atau mesra disapa Shiera, perasaannya melihat anak selamat bergelar isteri adalah sama seperti kebanyakan ibu-ibu lain. Malah dia akui perasaan bercampur baur di antara gembira dan sedih. “Perasaan dapat menantu sama macam mak-mak yang lain, perasan seronok ada sedih pun ada.

“Sedih sebab akhirnya tengok anak yang saya melahirkan dah naik pelamin bersama pasangan pilihan dia. Pejam celik dah kahwin Allisya, kejap sangat rasa. “Apa pun alhamdulillah, majlis pernikahan pun berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Shiera turut berkongsi beberapa muat naik terbaharu di Instagram sekitar majlis pernikahan anaknya itu. Dalam pada itu, aktres berusia 48 tahun itu memaklumkan, anak dan menantunya itu akan menetap di Pulau Tioman memandangkan Zulhisyamuddin perlu menguruskan perniagaan pelancongan di sana.

“Anak saya akan ke Pulau Tioman ikut suami, sebab suaminya bekerja dan ada perusahan di sana. “Tapi kalau tiada kerja di sana, mereka akan balik juga ke Kuala Lumpur,” tambahnya.Ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan buat anak dan menantu, Shiera berseloroh mengatakan sekiranya mempunyai masalah dapat diselesaikan dengan sendiri.

“Pesanan untuk anak dan menantu, apa-apa update dalam group Whatsapp, kalau gaduh settle sendiri jangan menyusahkan aku,” ujarnya dalam nada bergurau.

Untuk info, Allisya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sheira bersama Jatt Ali. Mereka berkahwin pada tahun 1993 namun jodoh tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada tahun 1999.Sheira kemudiannya memilih pelakon Ijoy Azhari sebagai pasangan hidup dan mereka selamat bernikah pada tahun 2003 serta dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Airell, Airra, Audra, serta Adeena.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah bakal menerima menantu pertama hari ini selepas anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Mac lalu.

lihat video dibawah..

Teruja buat persiapan kerja kahwin Sharifah Shahirah yang mesra dengan panggilan Kak Rara, memaklumkan sebagai ibu sudah semestinya dia berasa sangat teruja untuk menguruskan persiapan buat hari bahagia anak daranya itu.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi momen persiapan akhir menjelang hari bersejarah itu di laman Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ahli keluarga dan rakan-rakannya sedang sibuk membantu persiapan kerja kahwin anak sulungnya.

Tambah Kak Rara, dia bersyukur kerana menerima menantu pertama seawal ini dan turut mendoakan yang terbaik atas pilihan yang dibuat anaknya, Allisya.

Tak kisah anak kahwin muda Terdahulu, Kak Rara memberitahu dia tidak keberatan anaknya itu memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda kerana menurutnya bakal menantu dan keluarganya juga merupakan orang yang baik-baik.

Saya tak kisah pun dia (Allisya) nak kahwin awal. Itu pilihan dia untuk tamatkan zaman bujang pada usia muda. Sebagai ibunya, saya terima saja keputusan Allisya dan tidak menghalangnya. InsyaAllah, Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November ini, manakala majlis resepsi pula dijangka berlangsung pada 13 November. Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah juga mengharapkan agar perancangan dan perjalanan majlis anaknya itu dipermudahkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*