Gelar Julia Farhana Masih ‘Mentah’, Rupanya Lufya Omar Dah lama Tahu Hubungan Julia Dgn Bekas Suami

Konflik antara pelakon, Lufya Omar dan Julia Farhana serta bekas suaminya Che Muhammad Hafiz seolah-olah masih belum menemui noktahnya.Terbaru, memetik laporan Astro Gempak, Lufya atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar menafikan dirinya berasa cemburu terhadap hubungan Julia dan bekas suaminya yang juga seorang doktor.

Menerusi satu sesi Instagram Live, pelakon berusia 37 tahun itu berkata menyifatkan Julia masih mentah dan mustahil bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada anak perempuannya.“Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka.

Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan budak itu (Julia).“Dia masih muda… orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu. Mungkin saya rasa dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir.

“Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa it’s imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap,” kata Lufya Bercerita lanjut, pelakon drama Bila Hati Telah Hitam itu turut bertindak menyekat atau ‘block’ Julia di aplikasi WhatsApp disebabkan dakwaan campur tangan yang tidak sepatutnya berlaku.“Sensitif isu ini… Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak.

Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia! Saya block awak sebab awak tak ikhlas.“Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz.“Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat. Kemudian, awak ada cakap nak chip in.

“Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.  Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis,” ujarnya.Untuk rekod, Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*