“Ingat..Perempuan Bkn Mainan..”- Komen Afiq Muiz Terhadap Pertunangan Da’i Syed Seakan Beri Amaran?

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bertunang dengan pengacara stesen TV Al Hijrah iaitu Hana Ismail. Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Umie pada bahagian kapsyen sempat menitipkan kata-kata nasihat buat kedua pasangan serta mendoakan yang terbaik untuk Syed dan Hana.Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya (Da’i Syed, Hana). Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya Allah SWT.”

Tinjauan ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan tahniah dan menumpang gembira atas khabar berita yang disampaikan. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah komen pelakon, Afiq Muiz yang seakan-akan memberi ‘amaran’ kepada Da’i Syed tentang menjaga perasaan wanita.

Da’i Syed, Hana sah bertunang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*