“Kesian Tengok Dia..”- Terjatuh Atas Pentas Depan Peminat, Ramai Risau Dgn Amy Search

Penyanyi ‘rock’ lagenda, Datuk Amy Search mencuri perhatian warganet apabila jatuh terjelepok semasa membuat persembahan di sebuah konsert.

Jatuh waktu melompat turun

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, penyanyi lagenda terbabit dilihat berlari lalu memanjat sebuah pembesar suara bagi menyapa peminatnya dari atas. Walau bagaimanapun, selebriti berusia 64 tahun itu terjatuh terjelepok ketika melompat turun dari alat berkenaan kerana gagal mengimbangi badan. Namun, penyanyi lagu Isabella itu segera bangun dan kembali menyambung nyanyiannya.

Dalam pada itu, ramai beranggapan penyanyi otai tersebut masih cergas dan lincah walaupun sudah memasuki fasa warga emas. Malah, rata-rata netizen memuji semangatnya untuk menghibur dan memberikan yang terbaik buat peminatnya.

Untuk rekod, penyanyi ‘rock’ terbabit hadir bagi menjayakan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera’ sempena Karnival Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Bera pada 12 November lalu.

Video

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*