Ajar Qari Dan Qariah Teknik Pernafasan, Peminat Doa Datuk Syafinaz Diberi Pahala Berganda

Beberapa video Datuk Syafinaz Selamat mengajar teknik pernafasan yang betul buat qari dan qariah dalam satu kelas tarannum baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai. Biasanya, kita sering lihat selebriti yang juga pensyarah muzik ini menjadi juri dalam pertandingan nyanyian, namun tidak sangka beliau turut terlibat dalam kelas bacaan al-Quran buat para qari dan qariah.

Bersungguh curah ilmu

Dalam satu video yang dikongsikan peminat beliau di akaun TikTok, dapat dilihat Datuk Syafinaz dengan bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan yang betul buat peserta yang mengikuti begkel tersebut. Menerusi video itu, qariah berkenaan telah mengikuti saranan guru vokal terbabit dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik.

Banyak pahala Tok Naz bertahun2 mengajar

Perkongsian daripada akaun @syafinazselamat.fans itu berjaya menarik perhatian ramai dan kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan memuji ilmu yang  diperoleh diberikan kepada orang ramai tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja.

Mereka juga mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum mereka agar terdengar lebih baik dalam mengalunkan ayat suci al-Quran.

Ustazah yang mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu turut mengakui sangat berterima kasih dengan ilmu yang dicurahkan dan memberikan 5 bintang ke atas kelas kelolaan Datuk Syafinaz. Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*