MasyaAllah, comelnya dia senyum..”- Senyuman Anak Intan Ladyana Bikin Peminat Cair

Baru-baru ini pelakon Intan Ladyana berkongsi gambar keluarga kecilnya di Instagram miliknya. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian orang ramai yang dilihat terlalu comel disitu.

Intan Ladyana mempotrat gambar bersama suaminya iaitu Harris Alif dan juga anak perempuan mereka yang cukup comel Evie Khadeeja dengan menggunakan kapsyen “my small family” dengan diiringin lagu You are the reason oleh Calum Scott.

Apa yang menarik pada gambar tersebut adalah senyuman yang dipamerkan oleh anak dara pasangan itu yang baru berumur 10 bulan yang manis dan comel ketika berswafoto bersama ayah dan mama dia dilihat spontan tersenyum melihat kamera. Rata-rata peminatnya terlalu geram dengan kecomelan anak mereka yang tersenyum molek itu.

“Pandai Hat Kecik Senyum Tengok Kamera”

Sekadar info, Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2021 dengan jurang usia antara mereka iaitu 17 tahun menjadi perbualan ramai. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 31 Januari 2022 yang bernama Evie Khadeeja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*